Monday, December 29, 2008

Chiffon Strawberry

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam (asingkan putih)
300 g gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240 g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh krim tar-tar
1 sudu teh garam
1 cwn santan pekat
strawberry emulco (secukup rasa)

Cara:

1. Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya, masuk minyak jagung dan pukul lagi.
2. Masuk santan, emulco dan garam.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil di gaul rata.
4. Dalam bekas lain pukul putih telur dan krim tar-tar sampai kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi sehingga betul-betul pekat.
5. Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil di kacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit atau sampai masak.

Sunday, December 14, 2008

Choux Pastry

This paste is the one used for making eclairs, cream puffs and other confections. On baking, the paste should puff up and be quite hollow inside. It should not be necessary to scoop out any uncooked paste if a carefully balanced basic recipe is used. Don't skimp the beating of the paste once the eggs have been added, since the pastry is entirely dependent for its rise on the air which is incorporated at this stage.

Choux Paste

2 oz butter
1/4 pint milk and water mixed
2 1/2 oz. plain flour, sifted
2 standard eggs, beaten

Put the butter, milk and water in a small saucepan and heat until the butter is melted ; bring to the boil. Meanwhile sift the flour on to a piece of grease proof paper. Drwa the pan aside and shhot in all the flour at once. Beat thoroughly with a wooden spoon until the mixture is smooth and comes away from the side of the pan, bu do not overbeat or the fat may separate out. Cool slight, then beat in the eggs a little at a time. The paste should look shiny and be thick enough to hold its shape, but not stiff

Tatlet Buah-buahan

Bahan-bahan

Kulit

250 g pastri rapuh bergula
100 g coklat buku (dicairkan)

Kastard

1 cawan krim putar
buah-buahan dalam tin (pir,pic,nanas)
buah-buahan segar ( anggur hijau, anggur hitam, kiwi dan strawberi)
1/2 cawan glis aprikot
kepingan badam (dikeringkan di dalam ketuhar)

Kaedah menyediakan

1. Canaikan doh setebal satu per lapan inci dan alaskan tin tat kecil. Cucukkan permukaan doh dengan garpu ( untuk mengelakkan daripada menggelembung). Rehatkan doh selama 10 minit sebelum membakar.
2. Aturkan tin tat di dalam dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 15-20minit. Sejukkan selama 10 minit dan keluarkan dari tin sebelum mengisi dengan krim pastri dan buah-buahan.
3. Buah-buahan dalam tin dituskan airnya dan dipotong nipis.
4. Berus sedikit dengan coklat cair dipermukaan kulit tat. paipkan sedikit krim dan aturkan buah-buahan menutupi krim ( gunakan berus pastri).
5. Hias tepi tat dengan kepingan badam dan glis engan glis aprikot.

* Kulit pastri tidak akan lembab jika diberus dengan coklat cair.

Pastri Rapuh Tanpa Gula

Bahan-bahan

200 g tepung gandum
2-3 camca besar air sejuk
100 g mentega
secubit garam

Kaedah menyediakan

1. Tepung diayak bersama garam.
2. Gaul ramas tepung dan mentega sehingga menyerupai serbuk roti.
3. Masukkan air dan gaul rata sehingga adunan agak lembut.
4. Rehatkan adunan pastri setengah jam sebelum digunakan.

Kegunaan: Sardin gulung, karipap dan lain-lain ( untuk pastri berisian pedas)

Pastri Rapuh Bergula

Bahan-bahan:

250 g tepung gandum
1 camca besar gula kastor
secubit garam
125 g mentega
1 biji telur
1-2 camca besar susu segar

Kaedah menyediakan:

1. Tepung di ayak bersama dengan garam.
2. Gaul serta ramas tepung dan mentega sehingga menyerupai serbuk roti.
3. Masukkan telur, gula kastor dan susu.
4. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Rehatkan doh setengah jam sebelum digunakan.

Kegunaan: Pai epal, tat buah-buahan dan lain-lain.

Friday, December 5, 2008

Pastry Making

Ingredients

Plain flour is recommended, but you can obtain reasonable results by using self raising flour , at least for shortcrust, though it will be softer and more crumbly. Butter, margarine and lard are the traditional fats for pastry making, but proprietary vegetable shortenings are frequently used nowadays. For shortcrust pastry, used lard or a vegetable fat alone, or a mixture of fats, but not margarine alone, as it produces hard, yellow pastry. For the richer pastries it is better to keep to the fat specified in the recipe.

Shortcrust Pastry

8 oz. plain flour
1/2 level tsp. salt
2 oz. margarine
2 oz. lard
Cold water to mix

Sift the flour and salt into the basin. Cut the fats into the flour and complete the mixing by rubbing in with the finger-tips, until no lumps of fat remain. Add just enough cold water to bind the mixture, mixing with a round bladed knife until it is evenly distributed. Draw the pastry together with the finger-tips to form a stiff dough; knead lightly until smooth. Turn it onto a lightly floured board and roll out and use as required.

Conversions

Mass
1 oz=28.35 g
2 0z=56.7 g
4 oz=113.4 g
8 oz=226.8 g
12 oz=340.2 g
16 oz=453.6 g
1 kilogramme=2.2 Ib

Abbreviations
oz=ounce(s)
ml=millilitre(s)
cm=centimetre(s)
g=gramme(s)

Temperature
32 F= 0 Celcius.
212 F= 100 C.
225 F= 107 C.
250 F= 121 C.
275 F= 135 C.
300 F= 149 C.
325 F= 163 C.
350 F = 177 C.
375 F= 190 C.
400 F = 204 C.
425 F = 218 C.
450 F = 232 C.

Capacity
1/4 pint = 142 ml
1/2 pint = 284 ml
1 pint = 568 ml
1/2 litre = 0.88 pint
1 litre = 1.76 pints

Length
1 inch = 2.54 cm
6 inches = 15.2 cm
100 cm = 1 metre

The above is based on information agreed by the UK Federation for Education in Home Economics 1970.

Saturday, November 29, 2008

Monday, October 20, 2008

Kek Chiffon Pandan

Bahan-bahannya:
6 biji telur ( asingkan putihnya)
300 g gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240 g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tar-tar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat
Pandan emulco

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan masukkan setengah sukatan gula, pukul lagi sehingga putih warnanya, masuk minyak jagung dan pukul lagi ( jangan terlalu lama).
2. Masukkan santan, emulco dan garam.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.
4. Dalam bekas lain pukul putih telur dan krim of tar-tar sampai kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagiil-betul pekat.
5. Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Kek Sifon Coklat lembab (Moist Chocolate Chiffon)

















Bahan A:
100 g tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 sudu teh essence vanilla
50 ml minyak jagung
4 kuning telur
60 g gula halus
30 g serbuk koko
100 ml susu segar perisa coklat disuamkan dan disatukan dengan serbuk koko

Bahan B:
4 biji putih telur
120 g gula halus
1/2 camca teh tar-tar krim


Cara-cara:

1. Pukul kuning telur dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kuning telur menjadi sedikit putih.
2. Masukkan minyak masak dan pukul (jangan lama).
3. Masukkan campuran susu dan coklat.
4. Kemudian masukkan tepung yang telah dicampur dengan baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati dan ketepikan.
5. Pukul putih telur sehingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti tar-tar krim. Terus memukul dan masukkan baki gula. Pukul sehingga menjadi maringue yang kental.
6. Masukkan maringue ke dalam adunan kek (n0 4) dan kaup balikkan sehingga rata. Jangan terlebih gaul.
7. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang telah di alas dasarnya dengan kertas minyak dan disapu dengan mentega.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak ( lebih kurang 45 min).

Kek Coklat

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A:

1 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe

Bahan B:

2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri

Cara:

1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula, pukul lagi.
2. Masukkan minyak dan pukul (jangan lama)
3. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 170 degree sehingga masak.

Friday, October 17, 2008

Indahnya Syawal

Ramadhan telah berlalu....rasa sedih dan terkilan tersemat di hati kerana pada bulan yang mulia itu aku tidak sempat mengisinya dengan amal ibadah yang sepenuhnya. Banyak kekangan dan halangan yang menjadikan aku ralat mengisi bulan tersebut dengan penuh kusyuk mengerjakan ibadah......sedih terasa kerana aku tidak berpeluang mengisinya dengan solat terawih berjemaah kerana halangan baby yang tidak boleh ditinggalkan.

Air mata menitis sepanjang malam bila mengerjakannya sendirian.....namun aku tetap bersyukur kerana ada waktu yang tersisa untuk mengaji Quran. Perasaan sayu, sedih dan sebak kerana terpaksa meninggalkan bulan yang mulia.....terasa aku begitu kerdil dan tidak sebertuah orang lain kerana tidak berpeluang mengerjakan amal ibadah yang sepenuhnya. ......Datangnya syawal.....paling indah dan gembira menyambutnya tentulah anak-anakku....terutamanya bila berpeluang bersama sepupu-sepupunya yang sekali sekala bertemu.

Ada masa-masanya mereka mereka mengalami masalah komunikasi kerana anak-anakku kurang faham loghat kelate tetapi itu bukan masalah besar bagi mereka....yang penting dapat bermain dan bergembira.

Aku pula yang paling penting dapat bersama emak dan abah pada pagi syawal.....sebak terasa bila mengenangkan ada masanya aku pernah menyakiti hati mereka.....banyak dosanya aku sebagai seorang anak sama ada aku sedar ataupun tidak.....harapan ku diberikan waktu untuk membahagiakan mereka di sepanjang usia tua mereka.....doa ku sebagai anak ialah diampunkan dosa kedua ibubapaku dan ibadah mereka diterima oleh Mu....Amin.

Sepanjang syawal ini ....banyak jemputan rumah terbuka.....kat sekolah pun hari-hari ada makan-makan.....penuh perut!!!!. Moga dimurahkan rezeki pada mereka yang bermurah hati memberikan kami makan....Amin. Itulah indahnya syawal....dalam dok makan-makan tu kenalah beringat untuk berpuasa pada bulan yang indah ini....sama ada puasa sunat ataupun puasa ganti.

Wednesday, June 4, 2008

Anak saudaraku yang comel : Afiq b. Mohammad




Gambar ini telah dirakam pada 4 Jun 2008 di rumah bapaku di Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Usianya ialah 8 bulan. Bayi ini merupakan anak sulung kepada adikku Mohammad dengan pasangannya Norafidah. Kedua-duanya adalah merupakan guru yang mengajar di Sarawak.

Tuesday, June 3, 2008

Kek untuk Bondaku



Kek ini telah ku bawa ke Kuala Lumpur pada 4 Jun 2008 sempena kunjungan kami sekeluarga ke rumah keluargaku di Segambut. Sedap sungguh mereka memberi komen. Kalau nak resepi tunggulah nanti akan ku pamerkan kepada semua.


Saturday, May 31, 2008

Roti Pizza

Bahan A
1 kg tepung roti
200 gm gula
10 gm garam
50 gm susu tepung
15 - 20 gm yis kering
2 biji telur
10 gm improver
10 gm softener

Bahan B
500 ml air

Bahan C
100 gm marjerin
100 gm shortening

Cara-cara membuatnya:

1. Satukan bahan A dan masukkan air. Gaul sebati.
2. Campurkan bahan C.
3. Uli sehingga memperolehi doh yang lembut.4.
4. Biarkan ia naik dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.

Inti
Ayam
Sos cili
bawang
buah tomato
keju mazarella
origano

cara membuat inti : ikut suka hatilah nak buat macam mana.

Lemon Chiffon Cake

Ingredients:
7 eggs, separated
2 cups all-purpose flour
1-1/2 cups sugar
3 teaspoons baking powder
1 teaspoon salt
3/4 cup water
1/2 cup vegetable oil
4 teaspoons grated lemon peel
2 teaspoons vanilla extract
1/2 teaspoon cream of tartar
LEMON FROSTING:
1/3 cup butter, softened
3 cups confectioners' sugar
4-1/2 teaspoons grated lemon peel
Dash salt
1/4 cup lemon juice

Directions: Let eggs stand at room temperature for 30 minutes. In a large mixing bowl, combine the flour, sugar, baking powder and salt. In another bowl, whisk the egg yolks, water, oil, lemon peel and vanilla; add to dry ingredients. Beat until well blended. In another large mixing bowl, beat egg whites and cream of tartar on medium speed until soft peaks form; fold into batter. Gently spoon into an ungreased 10-in. tube pan. Cut through batter with a knife to remove air pockets. Bake on the lowest oven rack at 325° for 50-55 minutes or until top springs back when lightly touched. Immediately invert the pan; cool completely, about 1 hour. Run a knife around side and center tube of pan. Remove cake to a serving plate. In a small mixing bowl, combine frosting ingredients; beat until smooth. Spread over top of cake. Yield: 12-16 servings.

Friday, May 23, 2008

Kek Brownies Kukus































Bahan-bahannya :


(A)120 gm coklat masakan

170 gm minyak masak

(B)130 gm tepung gandum

50 gm serbuk koko

1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)5 biji telur

200 gm gula kastor

10 gm ovalette

1/2 sudu teh esen vanila

3 sudu besar susu pekat manis


Cara Membuatnya :

1. Cairkan coklat masakan di dalam periuk secara double-boiler.

Apabila coklat telah cair, masukkan minyak masak dan gaul sebati.

Angkat dan sejukkan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Ketepikan.
3. Satukan telur, gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun dan putar hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan coklat cair yang telah sejuk.

Gaul sebati. Masukkan esen vanila dan susu pekat.Gaul rata.
5. Sediakan tin bulat 8 inci digriskan dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan dan kukus 45 minit hingga masak.

Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek.


Coklat Ganache :


100 gm susu segar/UHT
300 gm coklat masakan, dicincang kecil-kecil
30 gm mentega



Cara Membuatnya:


1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Padamkan api dan masukkan coklat masakan.Kacau hingga coklat cair.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga ia sebati.
4. Sejukkan 2 jam supaya ia pekat dan tuangkan atas kek. Hiaskan.

Saturday, May 17, 2008

KEK KAROT WALNUT

Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/8 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 cawan Nestum
2/3 cawan walnut (cincang kasar)
2 sudu teh kulit oren
200gm mentega
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/3 cawan susu segar
2 cawan parutan karot

Cara membuatnya

1. Ayak dan campurkan tepung bersama serbuk kayu manis, buah pala, bunga cengkih.
2. Campur Nestum, walnut, kulit oren dan ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul adunan.
5. Tambahkan esen dan masukkan campuran tepung dengan susu segar berselang seli. Pukul sebati.
6. Masukkan parutan karot dan bakar pada 180 darjah selama 30-35 minit.
7. Biarkan sejuk dan boleh hidang bersama aiskrim vanilla.