Friday, February 20, 2009

Kau ku sayang




Tahun ini adalah tahun ke-10 kami hidup bersama, tetapi dirasakan seperti baru semalam kami bercinta, bertunang dan bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit.....gelombang-gelombang kasih yang ada pasang surutnya itu menambahkan lagi mengenali warna hati yang sebenar.


Dialah di hati.....

Orang boleh bercerita apa saja, boleh bercakap apa saja, mampu membuat pelbagai persepsi. Hakikatnya itu hidupku, hanya aku yang lebih tahu...dan lebih kenal siapa diriku, siapa suamiku...dan yang lebih penting tidak sedikitpun tercalar atau goyah kasih sayang kami dan moga ianya kekal selamanya., Insyallah....Di hatiku telah tekad dan di jiwaku telah tercatat ..." Apabila aku memilih Shamsuddin Bin Yaacob sebagai suamiku....dialah insan pertama berada di hatiku, yang selayaknya aku cinta dan sedalamnya aku puja.... dan aku menyintainya sejujurnya dari mata hatiku.... dan aku bahagia kerana dia menjaga dan menyayangiku seadanya aku....Tidak akan ada orang lain mampu menyintaiku dan menyayangiku sepertinya...Harapan ku agar kasih sayangnya kekal untuk ku seorang.

"Buatmu suamiku..... sesungguhnya....Dari ketika dan saat lafaz nikah kau ucapkan, tidak sedikitpun terhakis kasih sayangku pada mu kerana aku menyintaimu dari mata hati ku.....dari lubuk jiwa yang paling dalam dan sehingga ke hari ini aku masih kekasih mu dan hanya kau yang mampu takluki hatiku dari dulu, kini dan doaku untuk selamanya....."

Saturday, January 3, 2009

Nasi Kerabu Daging Bakar dan Solok Lada

Bahan-bahan cara membuatnya akan menyusul....

Monday, December 29, 2008

Chiffon Strawberry

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam (asingkan putih)
300 g gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240 g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh krim tar-tar
1 sudu teh garam
1 cwn santan pekat
strawberry emulco (secukup rasa)

Cara:

1. Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya, masuk minyak jagung dan pukul lagi.
2. Masuk santan, emulco dan garam.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil di gaul rata.
4. Dalam bekas lain pukul putih telur dan krim tar-tar sampai kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi sehingga betul-betul pekat.
5. Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil di kacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit atau sampai masak.

Sunday, December 14, 2008

Choux Pastry

This paste is the one used for making eclairs, cream puffs and other confections. On baking, the paste should puff up and be quite hollow inside. It should not be necessary to scoop out any uncooked paste if a carefully balanced basic recipe is used. Don't skimp the beating of the paste once the eggs have been added, since the pastry is entirely dependent for its rise on the air which is incorporated at this stage.

Choux Paste

2 oz butter
1/4 pint milk and water mixed
2 1/2 oz. plain flour, sifted
2 standard eggs, beaten

Put the butter, milk and water in a small saucepan and heat until the butter is melted ; bring to the boil. Meanwhile sift the flour on to a piece of grease proof paper. Drwa the pan aside and shhot in all the flour at once. Beat thoroughly with a wooden spoon until the mixture is smooth and comes away from the side of the pan, bu do not overbeat or the fat may separate out. Cool slight, then beat in the eggs a little at a time. The paste should look shiny and be thick enough to hold its shape, but not stiff

Tatlet Buah-buahan

Bahan-bahan

Kulit

250 g pastri rapuh bergula
100 g coklat buku (dicairkan)

Kastard

1 cawan krim putar
buah-buahan dalam tin (pir,pic,nanas)
buah-buahan segar ( anggur hijau, anggur hitam, kiwi dan strawberi)
1/2 cawan glis aprikot
kepingan badam (dikeringkan di dalam ketuhar)

Kaedah menyediakan

1. Canaikan doh setebal satu per lapan inci dan alaskan tin tat kecil. Cucukkan permukaan doh dengan garpu ( untuk mengelakkan daripada menggelembung). Rehatkan doh selama 10 minit sebelum membakar.
2. Aturkan tin tat di dalam dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 15-20minit. Sejukkan selama 10 minit dan keluarkan dari tin sebelum mengisi dengan krim pastri dan buah-buahan.
3. Buah-buahan dalam tin dituskan airnya dan dipotong nipis.
4. Berus sedikit dengan coklat cair dipermukaan kulit tat. paipkan sedikit krim dan aturkan buah-buahan menutupi krim ( gunakan berus pastri).
5. Hias tepi tat dengan kepingan badam dan glis engan glis aprikot.

* Kulit pastri tidak akan lembab jika diberus dengan coklat cair.

Pastri Rapuh Tanpa Gula

Bahan-bahan

200 g tepung gandum
2-3 camca besar air sejuk
100 g mentega
secubit garam

Kaedah menyediakan

1. Tepung diayak bersama garam.
2. Gaul ramas tepung dan mentega sehingga menyerupai serbuk roti.
3. Masukkan air dan gaul rata sehingga adunan agak lembut.
4. Rehatkan adunan pastri setengah jam sebelum digunakan.

Kegunaan: Sardin gulung, karipap dan lain-lain ( untuk pastri berisian pedas)