skip to main | skip to sidebar
Seribu satu macam resepi

Saturday, November 29, 2008

Kek Cokelat Fudge




Posted by HAZLINA BT TAJUDIN at 5:31 AM No comments:

Saturday, November 8, 2008

Lagi Kek Sifon Coklat lembab (Moist Chocolate Chiffon)













Posted by HAZLINA BT TAJUDIN at 8:02 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
HAZLINA BT TAJUDIN
Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Born in Kuala Lumpur. Received primary and secondary education in Kuala Lumpur. Tertiary education: University Islam Antarabangsa Malaysia. Diploma Edducation: Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Now: SMKA Slim River.
View my complete profile

Suami tercinta : Shamsuddin b. Yaacob

Suami tercinta : Shamsuddin b. Yaacob

Anak sulung : Anfaal

Anak sulung : Anfaal
Dilahirkan pada hari Jumaat, 29 September 2001 bersamaan 1 Rejab 1421H, jam 5:58 petang di Hospital Selayang, Selangor.

Anak kedua : Abdul Aziz

Anak kedua : Abdul Aziz
Dilahirkan pada 27 September 2002 bersamaan 9 Rejab 1422H , jam 1:23 pagi, hari khamis di Hospital Kuala Lumpur.

Anak ketiga : Abdul Alim

Anak ketiga : Abdul Alim
Dilahirkan pada hari Isnin, 24 Oktober 2005 bersamaan 20 Ramadhan 1426H, jam 1:54 petang di Poliklinik Bakti, Tg. Malim.

Anak keempat : Abdul Azim

Anak keempat : Abdul Azim
Dilahirkan pada hari Rabu 24 Januari 2007 bersamaan 5 Muharram 1428H, jam 12:56 pagi di Hospital Slim River, Perak.

Anak Kelima : Aida

Anak Kelima : Aida
Dilahirkan di Poliklinik Bakti Tg. Malim pada 17 Julai 2008 bersamaan 13 Rejab 1429H, jam 12:42 tengahari. (Gambar ketika usia sebulan)

Anak keenam : Abdul Hadi

Anak keenam : Abdul Hadi
Dilahirkan pada hari Khamis, 20 Ogos 2009 bersamaan 28 Syaaban 1430H, jam 12:30 tengahari di Poliklinik Bakti Tg. Malim.

Blog Archive

  • ►  2009 (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2008 (20)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (2)
      • Kek Cokelat Fudge
      • Lagi Kek Sifon Coklat lembab (Moist Chocolate Chif...
    • ►  October (4)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)

Pelbagai Pautan Lain

  • Resipi Noraini
  • Pautan 1

Petua-petua di dapur

1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30 minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama
Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan sejukkan.

13. Pisau tak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka
Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka. Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar
Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat
Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama
Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19.Kelapa parut beku
Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.

20. Tempoyak tahan lama
Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari, ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.

BAKING TIPS

1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk menyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.

10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untuk elakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium , masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.
 

Penatnya aku