Kek ini telah ku bawa ke Kuala Lumpur pada 4 Jun 2008 sempena kunjungan kami sekeluarga ke rumah keluargaku di Segambut. Sedap sungguh mereka memberi komen. Kalau nak resepi tunggulah nanti akan ku pamerkan kepada semua.
Born in Kuala Lumpur. Received primary and secondary education in Kuala Lumpur. Tertiary education: University Islam Antarabangsa Malaysia. Diploma Edducation: Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Now: SMKA Slim River.
1. Sayur kekal segar Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.
2. Ikan tetap segar Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.
3. Hilangkan hanyir ikan Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali. Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.
5. Khasiat air beras Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.
6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.
7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan. Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.
8. Bawang kopek tahan lama Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.
9. Memudahkan telur dikopek Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30 minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.
10. Tulang dan daging cepat empuk Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.
11. Membasuh buah-buahan Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.
12. Air gula tahan lama Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan sejukkan.
13. Pisau tak berkarat Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.
14. Kacang cepat kembang Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.
15. Elakkan getah nangka Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka. Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.
16. Bersihkan pengisar Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.
17. Santan lebih pekat Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Perah seperti biasa.
18. Kelapa parut tahan lama Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.
19.Kelapa parut beku Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.
20. Tempoyak tahan lama Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari, ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.
BAKING TIPS
1. Membersihkan Ketuhar Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.
2. Lembutkan Mentega Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
3. Bersihkan Telur Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.
4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.
5. Gris tin pembakar Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk menyapunya.
6. Panaskan ketuhar Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.
7. Tepung yang sesuai Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.
8. Ayak tepung Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.
9. Sejukkan kek Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.
10. Potong kek buah Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untuk elakkan buah terkeluar.
11. Simpan kek Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium , masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.
No comments:
Post a Comment