Monday, October 20, 2008

Kek Chiffon Pandan

Bahan-bahannya:
6 biji telur ( asingkan putihnya)
300 g gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240 g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tar-tar
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat
Pandan emulco

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan masukkan setengah sukatan gula, pukul lagi sehingga putih warnanya, masuk minyak jagung dan pukul lagi ( jangan terlalu lama).
2. Masukkan santan, emulco dan garam.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.
4. Dalam bekas lain pukul putih telur dan krim of tar-tar sampai kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagiil-betul pekat.
5. Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

Kek Sifon Coklat lembab (Moist Chocolate Chiffon)

















Bahan A:
100 g tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 sudu teh essence vanilla
50 ml minyak jagung
4 kuning telur
60 g gula halus
30 g serbuk koko
100 ml susu segar perisa coklat disuamkan dan disatukan dengan serbuk koko

Bahan B:
4 biji putih telur
120 g gula halus
1/2 camca teh tar-tar krim


Cara-cara:

1. Pukul kuning telur dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kuning telur menjadi sedikit putih.
2. Masukkan minyak masak dan pukul (jangan lama).
3. Masukkan campuran susu dan coklat.
4. Kemudian masukkan tepung yang telah dicampur dengan baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati dan ketepikan.
5. Pukul putih telur sehingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti tar-tar krim. Terus memukul dan masukkan baki gula. Pukul sehingga menjadi maringue yang kental.
6. Masukkan maringue ke dalam adunan kek (n0 4) dan kaup balikkan sehingga rata. Jangan terlebih gaul.
7. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang telah di alas dasarnya dengan kertas minyak dan disapu dengan mentega.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak ( lebih kurang 45 min).

Kek Coklat

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A:

1 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe

Bahan B:

2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri

Cara:

1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula, pukul lagi.
2. Masukkan minyak dan pukul (jangan lama)
3. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 170 degree sehingga masak.

Friday, October 17, 2008

Indahnya Syawal

Ramadhan telah berlalu....rasa sedih dan terkilan tersemat di hati kerana pada bulan yang mulia itu aku tidak sempat mengisinya dengan amal ibadah yang sepenuhnya. Banyak kekangan dan halangan yang menjadikan aku ralat mengisi bulan tersebut dengan penuh kusyuk mengerjakan ibadah......sedih terasa kerana aku tidak berpeluang mengisinya dengan solat terawih berjemaah kerana halangan baby yang tidak boleh ditinggalkan.

Air mata menitis sepanjang malam bila mengerjakannya sendirian.....namun aku tetap bersyukur kerana ada waktu yang tersisa untuk mengaji Quran. Perasaan sayu, sedih dan sebak kerana terpaksa meninggalkan bulan yang mulia.....terasa aku begitu kerdil dan tidak sebertuah orang lain kerana tidak berpeluang mengerjakan amal ibadah yang sepenuhnya. ......Datangnya syawal.....paling indah dan gembira menyambutnya tentulah anak-anakku....terutamanya bila berpeluang bersama sepupu-sepupunya yang sekali sekala bertemu.

Ada masa-masanya mereka mereka mengalami masalah komunikasi kerana anak-anakku kurang faham loghat kelate tetapi itu bukan masalah besar bagi mereka....yang penting dapat bermain dan bergembira.

Aku pula yang paling penting dapat bersama emak dan abah pada pagi syawal.....sebak terasa bila mengenangkan ada masanya aku pernah menyakiti hati mereka.....banyak dosanya aku sebagai seorang anak sama ada aku sedar ataupun tidak.....harapan ku diberikan waktu untuk membahagiakan mereka di sepanjang usia tua mereka.....doa ku sebagai anak ialah diampunkan dosa kedua ibubapaku dan ibadah mereka diterima oleh Mu....Amin.

Sepanjang syawal ini ....banyak jemputan rumah terbuka.....kat sekolah pun hari-hari ada makan-makan.....penuh perut!!!!. Moga dimurahkan rezeki pada mereka yang bermurah hati memberikan kami makan....Amin. Itulah indahnya syawal....dalam dok makan-makan tu kenalah beringat untuk berpuasa pada bulan yang indah ini....sama ada puasa sunat ataupun puasa ganti.