Bahan-bahan:
6 biji telur ayam (asingkan putih)
300 g gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240 g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh krim tar-tar
1 sudu teh garam
1 cwn santan pekat
strawberry emulco (secukup rasa)
Cara:
1. Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya, masuk minyak jagung dan pukul lagi.
2. Masuk santan, emulco dan garam.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil di gaul rata.
4. Dalam bekas lain pukul putih telur dan krim tar-tar sampai kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi sehingga betul-betul pekat.
5. Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil di kacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit atau sampai masak.
Monday, December 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment